KURSUS IBS PROFESSIONAL
(INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM)
PENGENALAN
Program Latihan ini adalah khusus untuk individu teknikal yang terlibat dalam bidang pembinaan bangunan.
Modul yang dibangunkan oleh CIDB ini mengandungi kriteria program IBS dan telah dirumuskan dengan kerjasama pelbagai badan profesional dan kerajaan yang mewakili:
- Kementerian Kerja Raya
- Lembaga Arkitek Malaysia
- Lembaga Jurukur Bahan Malaysia
- Lembaga Jurutera Malaysia
- Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
- Institut Jurukur Malaysia (ISM)
- Institut Jurutera Malaysia (IEM)
- The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM)
OBJEKTIF
- Untuk memberikan atau meningkatkan pengetahuan teknikal berkaitan IBS kepada kakitangan teknikal dalam industri pembinaan selaras dengan syarat penggunaan IBS di dalam projek swasta dan kerajaan pada masa ini.
- Untuk mengenalpasti cara untuk meningkatkan penggunaan IBS dalam projek pembinaan Malaysia
- Memahami dan membezakan pelbagai jenis IBS dan faedah-faedahnya.
- Menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk memulakan sebarang projek IBS
- Memahami kepentingan penyelarasan modular dan mengiktiraf lukisan MC (Modular Coordination)
- Memanfaatkan IBS kepada mana-mana projek samada kerajaan atau swasta.
SYARAT PENYERTAAN
- Personel teknikal yang terlibat dalam pembinaan khasnya projek bangunan dengan latarbelakang pendidikan minimum Diploma dalam Senibina, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Juruukur Bahan, sama ada dari agensi kerajaan atau swasta, DAN
- Berpengalaman dalam projek pembinaan bangunan sekurang-kurangnya 1 tahun (samada di peringkat rekabentuk, pembinaan, kelulusan atau pemantauan)
- Jika anda tidak menepati syarat-syarat di atas, hubungi kami di talian 016-736 1445 untuk perbincangan lanjut.
PERINCIAN MODUL (MODUL CIDB)
- Pengenalan kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk Bangunan
- Merangkumi sejarah dan latarbelakang IBS serta jenis-jenis IBS di Malaysia.
- Klasifikasi 6 katergori IBS di Malaysia.
- Polisi kerajaan berkaitan IBS.
- Perkembangan sistem pengukuran dalam industri pembinaan
- Piawaian dimensi modular bagi komponen pembinaan
- Penggunakan komponen standard berdasarkan MS 1064
- Penggunaan Modular Gridline di dalam rekabentuk.
- Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score) – CIS18:2018
- Mengira IBS Skor untuk binaan bangunan menggunakan IBS
- Pengenalan rekabentuk IBS
- Kaedah penyambungan komponen IBS
- Integriti struktur bangunan IBS
- Pembuatan, pengeluaran dan pemasangan komponen IBS
- Asas dan konsep reka bentuk IBS
- Pembuatan, pengeluaran dan pemasangan komponen IBS
- Projek-projek IBS di Malaysia
- Kaedah perolehan projek IBS
- Aplikasi pengurusan kewangan
- Pengurusan syarikat
OUTPUT KURSUS
- CPD BEM (18 mata)
- CCD CIDB (20 mata)
- Pengetahuan Kategori-Kategori IBS (Industrialised Building System) di Malaysia
- Pemantapan pengetahuan teknikal berkenaan IBS oleh peserta dari sudut jenis-jenis IBS di Malaysia dan pengurusan projek IBS.
- Peserta berkemahiran untuk mengira IBS Skor dan mengaplikasi koordinasi modular yang menjadi keperluan penting dalam projek IBS.
- Pengetahuan dalam aplikasi Modular Coordination dalam Rekabentuk
- Kemahiran mengira IBS Score (Berdasarkan CIS18:2018)
- Pengetahuan konsep dan kriteria dalam rekabentuk struktur konkrit pratuang
PENDAFTARAN
MASA & TEMPAT
- ZOOM MEETING ONLINE
- 27 - 29 MEI 2021 (ONLINE)
- KURSUS 3 HARI (9.00 AM - 12.00 PM & 2.00 PM - 4.30 PM)
YURAN
HRDF CLAIMABLE FOR REGISTERED COMPANY
- RM350.00
- PERCUMA: [Terhad 10 peserta pertama] BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN - Melayakkan anda menyertai 1 sesi kursus IBS Professional berikutnya Secara PERCUMA
PENGIKTIRAFAN



TENTANG KAMI
