Apakah itu ISO?
ISO ialah satu standard piawaian antarabangsa yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti pengurusan, perkhidmatan dan produk yang diuruskan secara sistematik dan didokumenkan serta diamalkan secara konsisten bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Tidak kira anda SME, SMB atau apa sahaja jenis perniagaan kini anda juga layak untuk mengembangkan perniagaan anda melalui sijil ISO. Disamping mewujudkan sistem pengurusan perniagaan dan dokumentasi secara lebih sistematik dan teratur.
Kami di Selapis Ultra sedia dan komited untuk membantu syarikat anda mendapatkan sijil ISO dengan menawarkan perkhidmatan coaching & consultation serta kursus menambahbaikan sistem ISO anda.
Kami komited membantu anda
Khidmat runding dan bimbingan (coaching and consultation)
ISO 9001
Quality Management System
ISO9001 atau Quality Management System (QMS) adalah satu standard antarabangsa berperanan dalam mewujudkan kualiti yang konsisten dalam memenuhi tuntutan dan jangkaan pelanggan, pada masa yang sama menambah baik dokumentasi proses perniagaan. Organisasi yang mempunyai pensijilan ISO dapat menerajui persaingan pasaran lebih baik dengan menunjukkan bahawa servis atau produk tawarkan kepada pelanggan dihasilkan mengikut piawai antarabangsa.
ISO 14001
Environmental Management System
ISO 14001 adalah satu piawaian antarabangsa yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Ia membekalkan garis panduan dan keperluan bagi sistem pengurusan alam sekitar dalam organisasi. ISO 14001 bertujuan untuk membantu organisasi mengenal pasti, menilai, mengawal, dan mengurangkan impak negatif aktiviti mereka terhadap alam sekitar. Piawaian ini bertujuan untuk menggalakkan amalan pengurusan alam sekitar yang berkesan, mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan, serta meningkatkan prestasi alam sekitar secara berterusan.
ISO 45001
Occupational Health and Safety Management System
ISO 45001 adalah sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan, mentakrifkan rangka kerja di mana organisasi itu perlu menjaga kesihatan dan keselamatan semua pekerjanya. ISO45001 juga merangkumi peraturan, dasar, proses, pelan serta cara mengawal atau mencegah bahaya dalam kesihatan dan keselamatan pekerja. Piawaian ISO 45001 menyediakan rangka kerja untuk perniagaan di seluruh dunia untuk mengurangkan risiko tempat kerja, meningkatkan keselamatan pekerja dan mewujudkan keadaan kerja yang lebih dipercayai, dan termasuk keperluan untuk mengurangkan beban mereka.
Dapatkan "Checklist ISO"
RM 99
secara percuma!
Anda hanya perlu mengisi borang di bawah ini: