fbpx

Kursus HRD Corp Claimable

Selapis Ultra Sdn Bhd (SUSB) menawarkan pilihan latihan dan kursus untuk syarikat-syarikat yang berkelayakan bagi menikmati ‘HRD Corp Claimable Course’ anjuran SUSB sama ada secara ‘In-House Training’ atau ‘Public Training’

WhatsApp Image 2023-07-20 at 10.30.35 AM

Kursus yang ditawarkan

Construction
Project
Supervision

Kursus
IBS
Professional

Kursus Aplikasi Microsoft Project dalam Projek Pembinaan

Construction Project Supervision

Kursus ‘Construction Project Supervision’ bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para personal pembinaan dalam kemahiran memantau projek pembinaan dengan mengambil kira aspek kritikal dari sudut kawalan masa, kos dan kualiti projek. Disamping perkongsian ilmu dan pengalaman dari penceramah professional yang sangat berpengalaman, kursus ini diharapkan dalam meningkatkan kemahiran berfikir para personel pembinaan dalam menyelesaikan masalah di tapak yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti syarikat/majikan dalam menghasilkan projek yang terurus mengikut kontrak.

  • Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran personel dalam kawalan projek agar menghasilkan projek yang berkualiti dalam tempoh masa dan kos yang ditetapkan.
  • Mengenalpasti perkara teknikal yang perlu diberi perhatian dalam pengawasan projek pembinaan.
  • Memahami kaedah membuat perancangan dalam projek pembinaan dan idea penyelesaian masalah yang dihadapai di tapak bina.
  • Personnel dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengawasan projek yang akhirnya menghasilkan outpur projek yang memenuhi kehendak kontrak.
  • Personel dapat mengenalpasti kaedah terbaik dalam pengawasan projek melalui pengetahuan teknikal, kawalan perancangan projek dan penyelesaian masalah di tapak.
  • 20 Mata CCD CIDB untuk majikan
  • Tempoh: 2 hari

  • Lokasi: Online atau Fizikal (Non-eLearning)

  1. Construction personnel
  2. Site Supervisor
  3. Project Manager, Engineering
  • Introduction to Construction Project Management/ Supervision Concept & Philosophy
  • Overview of Project Management/Supervision
  • Project Lifecycle & Defining the Project
  • Planning in construction site
  • Infrastructure and structure work progress
  • Project Supervision, Controlling & Monitoring

Kursus IBS Professional

IBS (Industrialised Building System) melalui Roadmap IBS 2003-2010, Roadmas IBS 2011-2015 dan CITP 2016-2020 (Construction Industry Transform Program 2016-2020) telah mencapai tahap kematangannya dalam industri pembinaan di Malaysia. Merujuk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008 dan yang terbaru tahun 2020, projek kerajaan yang bernilai RM10 juta ke atas wajib menggunapakai IBS komponen dengan minimum 70 skor IBS. Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil.1 Tahun 2017, projek pembinaan sektor swasta yang bernilai RM50 juta ke atas wajib menggunapakai IBS komponen dengan minimum 50 skor IBS.Oleh itu, adalah menjadi satu kepentingan untuk personel teknikal dalam komuniti pembinaan Malaysia mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam perlaksaan projek IBS.

  • Memberikan pengetahuan teknikal IBS kepada para personel teknikal dalam industri pembinaan bangunan.
  • Memberikan kemahiran mengira IBS Skor kepada para personel teknikal dalam industri pembinaan bangunan.
  • Meningkatkan nilai tambah kekuatan pasukan teknikal dalam sesebuah organisasi kontraktor dan perunding.
  • Kemahiran mengira IBS Skor untuk projek bangunan IBS
  • Kemahiran mengaplikasi Koordinasi Modular dalam rekabentuk
  • Pemahaman teknikal precast concrete structure bangunan yang akan diaplikasi dalam projek IBS
  • Tambah nilai / upskilling kemahiran dan pengetahuan personel teknikal dalam projek pembinaan
  • Tambah nilai / sokongan kekuatan pasukan teknikal sesebuah organisasi syarikat dalam menyertai tender yang berkaitan projek IBS melalui pengiktirafan dari Sijil IBS Professional.
  • Sijil Penyertaan Kursus dengan Mata CCD CIDB untuk majikan dan CPD
  • Tempoh: 3 hari

  • Lokasi: Online atau Fizikal (Non-eLearning)

  1. Construction industry personnel

  • Pengenalan Kepada IBS (Industrialised Building System)
  • Modular Coordination
  • Pengiraan IBS Skor
  • Konsep Rekabentuk Konkrit Pratuang
  • Pengurusan Projek IBS

Kursus Aplikasi Microsoft Project dalam Projek Pembinaan

Kursus Aplikasi Microsoft Project dalam Projek Pembinaan bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran asas serta pengenalan menggunapakai Microsoft Project dalam membuat perancangan, penjadualan dan juga memberikan output teknik pengawalan projek yang efektif.

  • Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kontraktor dalam perancangan, penjadualan dan kawalan prestasi sesebuah projek
  • Kemahiran dalam kaedah perancangan, penjadualan dan pelaporan kemajuan yang betul menggunakan aplikasi Microsoft Project (MSP) terkini
  • Pendedahan kepada kaedah penilaian prestasi dan mengatur semula tindakan pengurusan melalui pembacaan laporan kemajuan dan nilai-ukur dalam sistem MSP
  • Persiapkan kontraktor untuk menyertai mana-mana projek pembinaan dengan lebih yakin dan menjadi pasukan projek yang cemerlang
  • Personnel mahir asas penggunaan Microsoft Project untuk diaplikasi pada projek pembinaan dalam membuat perancangan, penjadualan dan kawalan prestasi projek pembinaan mereka.
  • Perkongsian pengalaman dan penyampaian ceramah dari tenaga pengajar berpengalaman /practitioner Microsoft Project
  • 20 Mata CCD CIDB
  • Tempoh: 3 hari

  • Lokasi: Online atau Fizikal (Non-eLearning)

  1. Usahawan Kontraktor Pembinaan
  2. Pengurus / Eksekutif Projek
  3. Jurutera & Jurukur Bahan Projek
  4. Graduan dalam jurusan Kejuruteraan Awam & Alambina
  5.  
  • Prinsip asas pengurusan projek
  • Asas Penjadualan menggunakan Kaedah Critical Path Method (CPM)
  • Penggunaan sistem/fungsi pengurusan dalam aplikasi MSP (Microsoft Project)
  • Pembacaan dan penilaian prestasi projek
  • Penyediaan laporan kemajuan projek yang menarik
  • penganalisaan punca kelewatan dan membuat permohonan lanjutan masa (EOT)

Jika anda berminat, sila isi borang di bawah:

Borang Pendaftaran HRDF
WhatsApp
1
Kami Sedang Online
WhatsApp Kami Untuk Respon Pantas